friday, January 29, 2010
Assalamualaikum …
Alhamdulillah, SYUKUR pada ALLAH S.W.T kerana masih memberikan kita udara untuk terus hidup dan bernafas.. sedikit coretan dan nukilan tentang ‘buy back policy’ bila berbicara tentang dinar… Ini hanya pendapat kecil sebilangan org dan sy hanya coretkan untuk perkongsian semua. Tiada paksaan untuk menerima pendapat ini. Hanya memerlukan sedikit pemikiran akal fikiran & ‘hati’ dan bukan berlandaskan keuntungan fiat money dan ‘perut’ masing2.
Harus diingati, sebagai islam adalah menjadi kewajipan ke ats kita untuk memperjuangkan sunnah berlandaskan Al-quran dan Hadith. Dan harus diingati dinar dan gold bar cara ‘permainan’ adalah tidak harus disamakan dengan adanya unsur2 yg akan menggagalkan terus proses penukaran dinar as a currency sebagai mana yg diidamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad & Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat.
Topik kali ini ialah berkaitan ‘NO BUY BACK POLICY’ . Seperti contoh, seseorang memberitahu kita supaya menggunakan Dinar, tetapi dalam masa yang sama membenarkan beli balik Dinar (buyback Dinar). Contohnya, kalau beli Dinar dari A , orang tersebut boleh menjual balik Dinar kepada B. Cuba lihat implikasi kepada proses ini. Promosi permulaan ialah menggalakan orang membeli Dinar atas alasan untung simpan Dinar, beli murah selepas itu bila harga naik jual balik. Itu adalah teori mana-mana buku pelaburan (investment) iaitu buy low, sell high. Jadi orang membeli dengan harapan harga naik nanti mereka akan jual. Tidakkah ini sama dengan orang akan beli disebabkan "betting” atau "speculate" yang harga akan naik? Bukankah ‘betting’ dan 'speculating' menyamai perjudian ?
Perlu diingatkan terdapat satu garis halus yang membezakan pelaburan dan perjudian. Yang pertama membuatkan anda mendapat rezeki yang halal dan yang kedua menyebabkan anda menyuap makanan kepada keluarga dengan pendapatan yang haram. Ini tidaklah boleh diambil mudah dan ditutup sebelah mata semata-mata kerana keuntungan membeli dan menjual Dinar. Adakah wajar kita terapkan unsur perjudian dalam perjuangan Dinar? Sekiranya ini berterusan, bukannya kita menjadi umat yang semakin mulia dan kuat dari segi ekonomi, malah kita akan menjadi umat yang lebih tersesat, terlalai dan tamak.
Janganlah kerana RM, kita lalai dan terlupa tanggungjawab kita sesama Islam, kerana sesungguhnya, seorang Islam itu dengan seorang Islam yang lain adalah bersaudara, seperti sabda Rasulullullah (salallahualaihiwassalam) dalam khutbahnya yang terakhir.
Bacalah kisah perperangan Uhud dimana Umat Islam dikalahkan oleh salah satu sebabnya, bangsa Yahudi yang membuat perjanjian dengan Rasulullah (salallahualaihiwassalam) berpaling tadah dengan beliau dan membantu bangsanya sendiri. Sejarah menunjukkan Umat Islam hancur dan kalah kerana bersekongkol dengan non-Muslim dan hipokrisi Umat Islam itu sendiri. Di penghujung hari, sekiranya diminta mereka memilih antara kita atau saudara mereka, mereka tentunya akan memilih saudara mereka.
Tidak kira apa masalah atau kekurangan semasa berurusan dengan Muslim, kita akan mendapat ganjaran pahala. Tentunya Allah akan lebih gembira dengan kita kerana kita membantu hambaNya, yang percaya akanNya dan yang menyembahNya, bukan yang lain. Kesabaran kita berurusan dengan Muslim juga akan mendapat ganjaran pahala kerana Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.
SEKIAN. SEGALA URUSAN HANYA LAH DITETNTUKAN OLEH ALLAH SWT. KITA HANYA BERUSAHA. SYUKRAN.
Credit to thegolddinar.blogspot