friday, January 29, 2010
Assalamualaikum …
Alhamdulillah, SYUKUR pada ALLAH S.W.T kerana masih memberikan kita udara untuk terus hidup dan bernafas.. sedikit coretan dan nukilan tentang ‘buy back policy’ bila berbicara tentang dinar… Ini hanya pendapat kecil sebilangan org dan sy hanya coretkan untuk perkongsian semua. Tiada paksaan untuk menerima pendapat ini. Hanya memerlukan sedikit pemikiran akal fikiran & ‘hati’ dan bukan berlandaskan keuntungan fiat money dan ‘perut’ masing2.
Harus diingati, sebagai islam adalah menjadi kewajipan ke ats kita untuk memperjuangkan sunnah berlandaskan Al-quran dan Hadith. Dan harus diingati dinar dan gold bar cara ‘permainan’ adalah tidak harus disamakan dengan adanya unsur2 yg akan menggagalkan terus proses penukaran dinar as a currency sebagai mana yg diidamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad & Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat.
Topik kali ini ialah berkaitan ‘NO BUY BACK POLICY’ . Seperti contoh, seseorang memberitahu kita supaya menggunakan Dinar, tetapi dalam masa yang sama membenarkan beli balik Dinar (buyback Dinar). Contohnya, kalau beli Dinar dari A , orang tersebut boleh menjual balik Dinar kepada B. Cuba lihat implikasi kepada proses ini. Promosi permulaan ialah menggalakan orang membeli Dinar atas alasan untung simpan Dinar, beli murah selepas itu bila harga naik jual balik. Itu adalah teori mana-mana buku pelaburan (investment) iaitu buy low, sell high. Jadi orang membeli dengan harapan harga naik nanti mereka akan jual. Tidakkah ini sama dengan orang akan beli disebabkan "betting” atau "speculate" yang harga akan naik? Bukankah ‘betting’ dan 'speculating' menyamai perjudian ?
Perlu diingatkan terdapat satu garis halus yang membezakan pelaburan dan perjudian. Yang pertama membuatkan anda mendapat rezeki yang halal dan yang kedua menyebabkan anda menyuap makanan kepada keluarga dengan pendapatan yang haram. Ini tidaklah boleh diambil mudah dan ditutup sebelah mata semata-mata kerana keuntungan membeli dan menjual Dinar. Adakah wajar kita terapkan unsur perjudian dalam perjuangan Dinar? Sekiranya ini berterusan, bukannya kita menjadi umat yang semakin mulia dan kuat dari segi ekonomi, malah kita akan menjadi umat yang lebih tersesat, terlalai dan tamak.
Janganlah kerana RM, kita lalai dan terlupa tanggungjawab kita sesama Islam, kerana sesungguhnya, seorang Islam itu dengan seorang Islam yang lain adalah bersaudara, seperti sabda Rasulullullah (salallahualaihiwassalam) dalam khutbahnya yang terakhir.
Bacalah kisah perperangan Uhud dimana Umat Islam dikalahkan oleh salah satu sebabnya, bangsa Yahudi yang membuat perjanjian dengan Rasulullah (salallahualaihiwassalam) berpaling tadah dengan beliau dan membantu bangsanya sendiri. Sejarah menunjukkan Umat Islam hancur dan kalah kerana bersekongkol dengan non-Muslim dan hipokrisi Umat Islam itu sendiri. Di penghujung hari, sekiranya diminta mereka memilih antara kita atau saudara mereka, mereka tentunya akan memilih saudara mereka.
Tidak kira apa masalah atau kekurangan semasa berurusan dengan Muslim, kita akan mendapat ganjaran pahala. Tentunya Allah akan lebih gembira dengan kita kerana kita membantu hambaNya, yang percaya akanNya dan yang menyembahNya, bukan yang lain. Kesabaran kita berurusan dengan Muslim juga akan mendapat ganjaran pahala kerana Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.
SEKIAN. SEGALA URUSAN HANYA LAH DITETNTUKAN OLEH ALLAH SWT. KITA HANYA BERUSAHA. SYUKRAN.
Credit to thegolddinar.blogspot
Salam, bagus jugak kandungan artikel ni. Cuma ada sedikit persoalan? Bagaimana kedudukan urusniaga yg dilakukan oleh, DinarKel.com, PublicDinar.com, Nubex.com, Dinar2Dirham.com. Adakah mereka ni termasuk golongan yg dimaksudkan?
ReplyDeleteSekadar inginkan pandapat lanjut...
hehehe terbaik....
ReplyDelete" Back too Basic "
kalau dh xmo fiat tukar balik buat ape?
hjmari..ada jalan penyelesaiannye..
ReplyDeletehjamri... persoalan dinar adalah persoalan serius dan bukan persoalan main2... the way nak memartabatkan dinar yg berlaku skrg nie adalah jauh tersimpang dr jalan yg sebenar... cube saudara hjamri fikirkan..brape ramai lg kat malaysia yg tak tahu pasal dinar.... dgn ada nya buy back policy dan spread dinar hanya berlegar di kalangan traders apabila harga mengalami kenaikan demi untuk kepentingan perut masing2...kalu perut dah diutamakan... mane nak letak martabat dinar tuh.. samapai kiamat pon dinar tak akan dimartabatkan..percayalah..back to basic..the right way to memartabatkan dinar.. thanks..
ReplyDeletetentang syarikat yg disebutkan diatas masing masih bolh memperbetulkan cara=muamalah yg betul..tepuk dada tanya perut or tanya hati
Very nice artikel bro..padat dan menarik utk kita renung2 kan.. "Back to basic"
ReplyDeletetuan... judi tu ada definisinya... ni definisi judi yg baru ke?
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteSaya lihat semua syarikat yg mengeluarkan dinar mengutamakan keuntungan dan bukan NGO (NGO di Kuala Krai - Noreh Getah Orang).
Ianya masih merupakan produk hasilan dari emas dan "dipasarkan" atas segemen pelaburan.
Tiada penguatkuasaan oleh BNM supaya dinar boleh dianjak sedikit martabatnya. Sekiranya Kerajaan sedar kepentingan emas, sudah tentu produk dinar telah dimartabatkan sbg mata wang. Freemason and Yahudi dok usha tu... sampai bom la negara kita.
Sebgai langkah pertama pengenalan dinar harus dilakukan seperti keadaan sekarang ni. Perubahan sesuatu polisi atau tempoh masa pembaikkan memerlukan masa yg mencukupi minima sedekad (pala ambo lah), malah mungkin seabad.
Masalah dinar tu sendiri 22k atau 24k... telah dimanipulasi oleh pihak yg berkepentingan sejak dahulu kala lagi.
Dajjal tak akan membenarkan perancangan rapinya sejak kewafatan Nabi SAW termusnah begitu sahaja.
Kiamat tidak akan berlaku selagi ada manusia yang menyebut Allah, Allah, Allah.
salam, selagi dinar tak diishtiharkan sebagai matawang, selagi itulah dinar x boleh dimartabatkan. Kerajaan atau company kena bagi kita gaji dalam bentuk emas kalau xnak ada jual beli 'dinar'.
ReplyDeleteSyarikat atau kilang yang mengeluar dan menjual 'dinar', pada saya hanya menjual EMAS, menggunakan nama dinar untuk mempelbagaikan produk mereka.
Ada ke fatwa atau spec yang dah disepakati oleh ulama seluruh dunia? Serupa tak kalau saya potong rantai 916 atau goldbar 999 kepada kepingan kecil seberat 4.25g dan saya kata ini adalah Dinar keluaran saya!
takpe, yg penting skrg kita perjuangkan , biar msyarakat kenal apa itu dinar.. dikalangan ustaz2 pon, biar ramai yg faham utk diceramahkan di masjid2 dan surau2 .. lps tu buka pasar2 yg menggunakan dinar dan dirham.
ReplyDeleteback to basic..peratikan n study camner pengurup wang(foreign xchange)..kalau mau mertabatkan dinar sebagai matawang...maka dinar kena jadi alat tukaran wang asing...sbb fiat money bertaburan seluruh dunia....kalau sumer pakai dinar maka tak perlu ujud money exchange pasal sumer terima sbagai medium transaksi....sistem yg dah ujud skrg ni dah terlalu sebati...bakal tiba masanya sistem tu akan dirobohkan juga....slagi bicara tiada tindakan manakan nampak hasil...sampaikan definisi dinarr tu dgn betul....its not medium of investment(spatutnya)...
ReplyDeleteto hotkiss... selagi terdetik and terniat dalam hati apabila nilai emas naik anda akan menjual dinar anda..maka selagi itulah unsur judi terdapat disituh...dinar tidak pernah berubah nilai dari zaman nabi muhammad s.a.w sehinggalah sekarang.. begitulah hebatnya sistem kewangan islam yg dah ditinggalkan...
ReplyDeleteto ebizz: tq ..good info....
ReplyDeletesy bersetuju dgn pendapat saudara..yahudi dah lame plan semua sistem dan protokal yg ada skrg nie....so kita br setahun jagung nak memusnahkan sistem yg dah bertaus tahun diterapkan... apapun pendapat sy "NO BUY BACK POLICY" wajib dilaksanakan sekiranya mahu melihat dinar amalan sunnah dimartabatkan..tidak perlulah kita camput adukkan sistem yg ada skrg dgn apa yg hendak diperjuangkan..maka makin rosaklah keadaan.. syukran,,
waalaikumsalam saudara aliff, ok sy bg contoh amalan sunnah. simpan janggut..perlukah kita tgu kerajaan istiharkan br kita perlu buat... padahal terang lg nyata amalan sunnah...
ReplyDeleteok..pada pendapat sy yg kurang ilmu nie..kita dlm 1 proses kecil jer nak menghidupkan amalan sunnah... so takkan nak tgu sistem yg rosak nak ishtiharkan...
ok..berkenaan purity dan berat..
purity zaman nabi ialah 999 dan disepakati berat 4.25g... time tu pon tak ada penimbang yg tepat..so kita just guna kesepekatan para ulama' yg terdahulu...
bolh juga saudara aliff guna rantai 999 seberat 4.25g sebagai dinar..asal ada persetujuan seller and buyer..tak menjadi masalh...
kamis... cara salah wpon nak buat benda betul akan jadi salah juga...
ReplyDeletetq to bro rizzmerr...good opinion...
Sya pon merasakan sebegitu, selagi 'buy back polisi' ini ade dlm urusan jual beli dinar, maka teramat susahlah untuk kita menjayakan urusniaga dalam mata wang dinar. Org akn beli dan simpan sebagai koleksi dan jual balik bile harga naik. Di Malaysia masih tidak ramai orang menyimpan dinar. tetapi salah satu cara, sekiranya dalam masa terdekat ini ada "Pasar Terbuka" yang berurusniaga dgn dinar/dirham maka secara perlahan kita dapat lihat dinar/dirham berlegar di dalam masyarakat atau komuniti... Sekadar luahan rasa dan pendapat..
ReplyDeleteErm..betul tu yana..
ReplyDeleteape yg bolh kita buat.. setkan community dinar/dirham.. then apply ape yg kita tahu dan belajar..
selagi keuntungan fiat=perut mengatasi akal=hati=perjuanagn..selagi itulah tidak tercapai maksudnya...
sy dan rakan2 dlm proses ke arah itu... harap bg sokongan..
apepun thanks..
Dipetik dari web UZAR "Tanpa niat untuk mengulas secara mendalam perihal matawang emas dan praktikalitinya di dunia moden, sebenarnya ada satu isu yang lebih basic dari isu tersebut, yang tanpa memahaminya, matawang dinar emas (jika mampu dilaksana) masih akan tetap gagal dalam membentuk sebuah system ekonomi yang Islamik dan stabil. Ia adalah isu yang mesti difahami untuk mengembalikan fungsi matawang dalam Islam.
ReplyDeletePerlu difahami, kejayaan menjadikan emas sebagai matawang belum boleh dianggap satu kejayaan mengislamkan ekonomi sama sekali, malah masih amat jauh. Justeru, janganlah ada yang menyangka bahawa system kewangan Islam akan hanya menjadi benar-benar Islam apabila menggunakan emas dan perak sebagai matawang. Tidak semudah itu.
Inilah juga konsep yang telah diakui oleh para ahli ekonomi seluruh dunia, khususnya Muslim economist. Malangnya, di ketika ahli cerdik pandai ini menyarankan dan mengakuinya, pemimpin politik dan taikon kewangan dan regulator badan utama kewangan dunia tidak mahu menerima pakai cadangan dan pandangan tersebut, ia tidak lain adalah akibat ketamakan melampau puak korporat dan politik ini."
Sekadar berkongsi, pandangan ulamak kontemporari.
bagus article tu reimei.. sy pon dah bace skit article uzar tuh...
ReplyDeleteapapun langkah seribu bermula dr tapak yg satu...
1) hapuskan spread
2) No buy back policy..
fikirkan sape yg sanngup buat dinar tanpa mengaut keuntungan...
kalau tuan reimei sangup baguslah...